Saturday, January 22, 2011

Novel Tingkatan 3 : Panas Salju (Sinopsis)



Panas Salju

Novel Panas Salju adalah novel remaja karya Dr Talib Samat. Novel ini merupakan kisah
separuh benar tentang masyarakat Malaysia. Dalam novel novel ini, watak Zulkifli Mohd Zain
adalah Talib Samat sendiri.

SINOPSIS

Kisah Zulkifli Mohd Zain yang bekerja sebagai atendan hospital di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Anaknya Nadhirah mendapat penyakit kerosakan hati dan hempedu. Dr Gheethan dari HBKL
mencadangkan Nadhirah dirawat di King College, London.Isteri Zulkifli ialah Cikgu Bushrah binti Ramli
yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Tun RazakCheras. Cikgu Bushrah sanggup menderma
sebahagian hati kepada anak mereka Nadhirah walaupun risikonya cukup besar.

Zulkifli menemui sahabat lamanya Mohamad Yusuf di pejabat Utusan Malaysia agar penderitaan
mereka disiarkan. Tan Sri Shamsudin Abdul Kadir yang menjadi Pengarah syarikat telekomunikasi,
Sapura Holding setuju menderma RM350,000 untuk kos rawatan pemindahan hati di King College, London.

Pakar bedah, Dr Tan Kai Chah berjaya memindahkan hati daripada Bushrah kepada Nadhirah. Semasa
di London, Zulkifli dibantu olehMuliyadi Mahmood, sahabat lamanya yang juga kartunis dan pensyarah 
di UITM Shah Alam. Isteri Muliyadi Mahmood bernama Saliha Brigite, wanita Perancis. Muliyadi sekampung
dengan Zulkifli di Felda Ulu TiramJohor.

Lima tahun kemudian, Bushrah meninggal dunia. Nadhirah berjaya dalam jurusan perakaunan dan bekerja
di sebuah bank. Kemudian berkahwin dengan seorang doktor. Adiknya Nazli dapat belajar di Kolej Melayu

Zulkifli sendiri telah belajar di Universiti Sains Malaysia secara jarak jauh. Kemudian belajar peringkat sarjana 
dan seterusnya PhD di universiti yang sama.


No comments:

Post a Comment