Saturday, January 22, 2011

Novel Tingkatan 1 : Sukar Membawa Tuah (Sinopsis)


SINOPSIS BAB 1 – NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH
Bab 1 – Inilah Dunia Kami
Sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia untuk ke hutan bagi memulakan pekerjaan rutinnya, iaitu mencari rotan di hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di hutan pada pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari dan menyediakan tali untuk mengikat rotan yang bakal dikutip dari hutan. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan mereka mendapat banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi dengan ikan-ikan yang terlekat. Setelah itu, dia meletakkan kembali belat tersebut dan mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya ke hutan selepas sarapan pagi.
Nota:
Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli kaum Jahut yang tinggal dikawasan hutan di Bukit Lokan. Mereka mengamalkan kepercayaan anemisme yang masih tidak mempunyai agama. Pak Katan ialah ayah kepada Adit. Isterinya Mak Tawi. Mereka tinggal di rumah yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri dengan mengutip hasil hutan seperti rotan, memburu binatang dan bercucuk tanam.
Bab 2 – Rutin Harian Adit Bermula
Adit dan ayah ke hutan. Adit berpakaian lusuh tidak menghiraukan keadaannya itu, lantaran kehidupannya miskin. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk membeli makanan dan keperluan harian, tetapi kurang mampu untuk membeli pakaian baru.
Masyarakat menjual hasil mereka kepada tauke Cina. Tahap pendidikan yang rendah dan kemudahan infastruktur yang sangat menyedihkan menyebabkan kehidupan mereka terhimpit. Pekan terhampir kira-kira 30km dan barang keperluan hanya diperolehi melalui pekerja balak yang berulang-alik ke sana. Agensi kerajaan ada membantu, tetapi mereka selesa di sini.
Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian demi warisan hutan nenek moyang mereka. Namun, penerokaan menghimpit kehidupan mereka. Adit tidak bersekolah biarpun sudah berusia hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan ilmu hutan sebagai pendidikan asas kepada Adit.
Persoalan ditimbulkan Adit mengenai kepupusan hasil hutan dan nasib mereka, akan tetapi dinafikan oleh ayahnya yang sedar akan realiti itu. Seraya, Adit teringatkan akan Akeh, satu-satunya rakannya bersekolah,tinggal di asrama dan ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Bercita-cita menjadi jurutera, Akeh ingin berbakti kepada masyarakat orang asli.
Minat Adit untuk bersekolah timbul dengan ajakan dan cerita-cerita Akeh, tetapi, tidak dinyatakan kepada ayahnya.
Bab 3 Impian Adit
Dalam bab ini memfokuskan Adit yang terlalu ingin ke sekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan semasa berakit membawa rotan. Namun, permintaannya itu dibalas dengan pendirian ayahnya yang mementingkan tradisi sedangkan tujuannya mengubah nasib keluarga. Biarpun Pak Katan memahami, tetapi dia mahukan Adit mengikut jejak langkahnya. Pak Katan akhirnya tidak memberi repons terhadap permintaan yang masih berdegil.
Adit berubah sikap dan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan pada Pak Katan. Teknik imbas kembali dalam bab ini ialah Adit teringat kedatangan pegawai penerangan dan sikap endah tak endah oleh masyarakat mereka terhadap dasar kerajaan.
Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah lena tertidur. Pada pagi seterusnya, Pak Katan tidak ke hutan sebalik ke pekan. Niat Pak Katan ke pekan tidak diketahui kerana dia enggap menjawab pertanyaan Adit.
Bab 4 Dugaan untuk Adit
Adit berurusan dengan tauke Cina yang membeli hasil hutan sebelum memeriksa belut di sungai untuk hasil tangkapan ikan. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar mengenai kemasukannya ke sekolah, namun gagal mendapatkan asrama. Masalah timbul di sini ialah pengangkutan akibat jarak yang jauh dari kediamannya. Kekecewaan terpancar pada diri Adit yang akan menghadapi kesukaran ke sekolah. Namun, semasa memenangkan diri di sungai, dia dipujuk Tijah, rakan baiknya, dan berjanji berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) mengenai masalah Adit.
Hujan lebat malam itu merisaukan Pak Katan tentang hasil hutan dan belat di sungai yang tidak dapat di ambil. Tambah lagi kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah Adit, yang termenung sendiri memikirkan impiannya itu.
Bab 5 Riak ceria buat Adit.
Hujan masih lebat menyebabkan sebahagian rumah terkena tempias. Adit diarah ayahnya mencari guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, hujan berhenti pada pagi itu. Rezeki tanpa diduga, seekor rusa cedera terbaring di bawah rumah, dijualnya kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak.
Ah Tong agak pelik kerana Adit tidak ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun diterangkan oleh Pak Katan. Dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya dan Adit begitu gembira dengan bantuan Ah Tong.
Bab 6 Adit mula ke sekolah
Esoknya, Adit mendaftarkan diri dan keperluannya dibeli oleh Pak Katan di pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Setelah pulang, dia memberitahu Tijah mengenainya. Tijah berminat untuk ke sekolah tetapi akur akan kehendak ayahnya yang akan mencarikan jodoh buatnya beberapa tahun kelak. Adit ingin memberitahu kepada semua orang mengenai persekolahannya, namun, atas sikap negatif penduduk di situ mengenai pendidikan, dia membatalkan hasratnya.
Ayah dan ibunya gembira melihat Adit yang mencuba pakaian baru. Malah, ayahnya juga memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu balak dengan upah lebih baik daripada memungut hasil hutan. Adit begitu gembira dan dinasihati ibu bapanya supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.
Bab 7 Hari Pertama ke Sekolah
Hari pertama ke sekolah, Adi mandi pukul 4 pagi di sungai untuk pertama kalinya, dan dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Dia tiba terlalu awal dan tertidur di depan pintu pagar sekolah. Pak Kassim, pengawal sekolah yang terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit bersarapan sambil berbicara tentang kesudian Pak Kassim membantu serta hal Akeh.
Di kelas, dia jauh lebih tua berbanding rakan-rakannya dan sering diberi perhatian oleh gurunya kerana tidak tahu membaca dan menulis. Tamat persekolahan, dia bertemu Akeh dan pulang menaiki lori balak Pak Atan.
Adit mula mengejar masa ke sekolah dan meningkatkan prestasi persekolahannya. Adit berpeluang untuk lompat kelas dan menggembirakan gurunya. Walaupun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu dan semakin kurus, namun, tidak pernah mengeluh.
Bab 8 Dugaan Terus Menimpa
Sudah dua bulan Adit bersekolah, tidak pernah ponteng dan masih menumpang Ah Tong. Namun, pagi itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang petang, Adit tidak pulang lagi sedangkan ayahnya sudah kembali ke rumah.  Menjelang hari semakin gelap, Pak Katan mengadu kepada Tok Batin mengenai hal Adit yang tidak pulang-pulang lalu diarahnya orang-orang kampung mencari Adit. Lima jam pencarian, rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas ke dalam gaung. Adit cedera parah sementara Ah Tong mati di tempat kejadian.
Adit dihantar ke hospital dengan menaiki lori balak, mengalami kehilangan darah yang banyak serta kakinya patah. Di rumah, Mak Tawi yang tertunggu-tunggu bersama Mak Ca didatangi Bong yang memberitahu Adit ditemui dan berada di hospital. Pak Katan menunggu di hospital, menantikan keadaan Adit yang dirawat di bilik ICU. 2 jam kemudian, doktor mengatakan bahawa keadaan Adit yang kian stabil.

Bab 9 Mendung Berarak Pergi.
Dua bulan Adit terlantar di hospital, dijaga ibu bapanya yang dibenarkan tinggal di asrama jururawat. Adik-adiknya dijaga isteri Tok Batin. Dia sembuh, namun kakinya tempang, tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini mendapat perhatian pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberi bantuan dengan menawarkan tempat di asrama, berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatian dalam pelajaran sehingga mendapt tempat pertama.
Enam tahun berlalu, ramai anak orang asli mengikut jejak langkah Adit, rajin bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, Adit enggan menerimanya kerana situasi keluarga, sebaliknya berpendapat di mana sahaja boleh berjaya asalkan berusaha.

No comments:

Post a Comment