Saturday, January 22, 2011

Simpulan Bahasa : Latih Tubi

Latihan SIMPULAN BAHASA

1. Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat ___________
bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A jalan keluar
B jalan belakang
C jalan pintas
D jalan tengah
2. Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia ____________ untuk menyiapkan kerja
sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
A mengambil peluang
B mengambil langkah
C mengambil berkat
D mengambil mesa
3. Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu _______sehingga
dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.
A gelap mata
B putih mata
C rambang mata
D Rabun mata
4. Budak yang ………………….. itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami
pelajaran yang sedang diajar.
A terang hati
B sampai hati
C cekal hati
D ada hati
5. Rahman merupakan – - – - – pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya
dituruti.
A tulang belakang
B keras tulang
C ringan tulang
D tulang empat kerat
6. Sahabat yang baik tidak patut – - – - – - – kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.
A membuka tembelang
B membuka langkah
C membuka mulut
D membuka mata
7. Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut – - – - – . , nanti kita juga yang akan
menyesal.
A darah gemuruh
B darah daging
C darah muda
D darah dingin
8. Amran berkata, “Inilah – - – - – saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ.”
A kata sepakat
B kata hikmat
C kata dua
D kata putus
9. Mat Deris begitu – - – - – - .. menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama
terbiar.
A ada hati
B cekal hati
C kecil hati
D rendah hati
10. Sejak peristiwa itu Puan Salwa – - – - untuk membenarkan anaknya menyertai
perlawanan bola sepak.
A. jauh hati                 C. berat hati
B. kecil hati                 D. patah hati
11. Hamidon seorang yang – - – - .. .Beliau sentiasa menghormati dan melayani pekerja-pekerjanya.
A. rendah diri             B. mata duitan
C. pilih kasih               D. hidung tinggi
12. Pemuda teksi itu tidak sanggup ……………. dengan penumpangnya yang kurang sopan.
A. berhati batu          C. bertegur sapa
B. berhati perut         D. bertikam lidah
13. Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ……………….
A. cepat tangan          B. bekas tangan
C. tangan sejuk           D.tangan terbuka
14. Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat
- – .- – .
A. anak tiri
B. anak emas
C. anak angkat
D. cahaya mata
15. Kawan-kawan sekalian, kita mestilah – - – dengan kejayaan mereka kalau mereka boleh
mengapa kita tak boleh.
A. ambil hati
C. iri hati
B. cekal hati
D. besar hati
16. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita
akan dapat – - – - . .
A. bekas tangan
B. tanda mata
C. buah hati
D. mengadu nasib
18. Urusan ………….. kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar Baru.
A. campur tangan
B . guna tenaga
C. temu janji
D. jual beli
19. Bencana alam yang melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal.
A. harga mati         C. jual mahal
B. naik harga          D. harga tetap
20. Semasa taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu keputusan peperiksaan anak-anak di Tahun Enam.
A. panjang akal        B. panjang lebar         C. panjang lidah       D. panjang bicara
21. Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual ” bual dengan tidak menentu dan membuang masa sahaja.
A. cakap besar
B. khabar angin
C. omong kosong
D. mengado domba
23. Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana dia
A. telinga lintah
B. telinga pekak
C. pekak tuli
D. pekak badak
24.Sewaktu berada di kompleks beli-belah itu saya menjadi ………………..kerana terlalu banyak barang yang menarik.
A. gelap mata
B.  rambang mata
C. pening kepala
D. rambang hati
25. Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar ……………… apabila rayau di
belakang rumah.
A. berkaki bangku
B. berkaki ayam
C. berkaki botol
D. berkaki bola
26. Walaupun Puan Rogayah ……………….. , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik Zali kerana tingkahlakunya yang baik.
A. ibu angkat
B. anak emas
C. buah hati
D. ibu tiri
27. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ………………. di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusaha mencari kerja.
A. makan angin
B. memilih bulu
C. makan tidur
D. bermain mata
28. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam …………….. .
A. rusa masuk kampung
B. beruang dalam belukar
C. kuda belang
D. lipas kudung
29. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti
A. rusa masuk kampung
B. burung dalam sangkar
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit
30. Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Merekamendakwa pengadil itu …………… .
A. berat perut            B. berat badan           C. berat mata         D. berat sebelah
31. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka – - – - -
A. curi hati                 B. curi tulang
C.curi ayam               D. curi kerja
32. ” ………. apabila saya mengajar !” kata Cikgu Amid dengan keras.
A. Dengar telinga              B. Dengan lihat                C. Pasang telinga             D. Pasang mata
33. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam …………….. .
A. rusa masuk kampung
B. beruang dalam belukar
C. kuda belang
D. lipas kudung
34. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti – - – -
A. rusa masuk kampung
B. burung dalam sangkar
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit
35. Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu …………… .
A. berat perut              B. berat badan              C. berat mata               D. berat sebelah
36. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka – - – - ..
A. curi hati                   B. curi tulang
C.curi ayam                 D. curi kerja
37. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka
menceritakan hal orang lain.
A. buah mulut              B. murah mulut            C. mulut besar           D. bawa mulut
38. Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ………………. nya.
A. hati batu                   B. kepala batu                 C. batu keras              D. batu api
39. Encik Kadir mendapat sokongan………………….. dari guru-guru untuk menjadi pengerusi
kebajikan.
A. sepenuh hati
B. sepenuh suara
C. sebulat suara
D. sepenuh isi
40. Mak Cik Ara adalah seorang yang ………….. sebab itu dia sangat disukai oleh penduduk Kampung Berata.
A. panjang tangan                    B. berat tulang
C. buah mulut                            D. buah tangan
41. Emak selalu membawa ………….. untuk kami apabila pulang dari luar negeri.
A. buah-buahan                 B. buah hati              C. buah tangan               D. ringan tulang
42. Akibat sikapnya yang ………………….. itu, dia sanggup membunuh abangnya sendiri.
A. panas baran                   B. gila babi                C. gila pangkat                 D. naik angin
43. Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam diconteng
oleh remaja-remaja yang – - – - – .
A.gatal tangan
B.lepas tangan
C. panjang tangan
D. buah tangan
44. Razak adalah satu-satunya anak Encik Bosri sebab itu dia ditatang seperti
A. minyak wangi                                 C. minyak hampir jatuh
B. minyak yang penuh                      D. minyak masak
45.Orang yang ……………… biasanya dia tidak ada kawan.
A. panjang tangan                     B. buah tangan                 C. berat tangan                  D. depa tangan
46.Orang yang mempunyai ……… yang baik sentiasa disanjung orang.
A. budi bahasa
B. bahasa bunga
C. budi-budian
D. mulut berbahasa
47. …….. yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia sentiasa bersedih
dan tidak lalu makan.
A. Makan angin                     B. Naik angin                 C. Khabar angin                D. Mulut tempayan
48. Ain berasa …………….. kerana tidak dapat mejawab semua soalan peperiksaan dengan baik.
A. senang hati                        B. terang hati                 C. buta hati                         D. susah hati
49. Chua – - – - – .. apabila rnelihat wang yang begitu banyak di atas mejanya.
A. cari jalan                            B. sua muka                    C. besar hati                        D. gelap mata
50. ………………. yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat menawan due puluh orang duta dari negara luar.
A. Serkap jarang                   B. Serang hendap
C. Panjang tangan                D. Pukul curi
51.“Nampaknya, tahun ini padi kita …….. “. kata Wak Seman kepada isterinya
A. kurang manis                    B. kurang umur
C. kurang jadi                         D. kurang tua
52.Dia suka membeli barang-barang yang berjenama mahal, maklumlah
A. makan hati berulam jantung.
B. sudah jatuh ditimpa tangga.
C. besar periuk, besarlah keraknya.
D. beringat-ingat sebelum kena.
53.Hasanol memang ……………… sehingga sekarang pun dia masih tahu membaca dan
menulis.
A. otak udang                         B. otak cair                     C. otak beku                                     D. otak-otak
54.Beberapa orang ……………. yang mengatur perlawanan bola sepak itu telah diberkas polis.
A. kaki bangku                       B. kaki minum              C. kaki ayam                                   D. kaki judi
55. Berita tentang kejayaannya mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang menjadi
…………….. jiran tetanggannya.
A. buah mulut                        B. buah hati                   C. buah tangan                               D. anak buah

KATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN


01.    Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa
seburuk-buruk buta adalah buta hati dan  sebesar-besar dosa
adalah berdusta

02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya.( Hamka).

03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. 

04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

05. “Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah al-Hajj:77)
06. “Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan” (Surah Yusuf:18)

07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

14. Sabda Rasulullah s.a.w: “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.”

15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

17. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.



Novel Tingkatan 1 : Sukar Membawa Tuah (Sinopsis)


SINOPSIS BAB 1 – NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH
Bab 1 – Inilah Dunia Kami
Sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia untuk ke hutan bagi memulakan pekerjaan rutinnya, iaitu mencari rotan di hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di hutan pada pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari dan menyediakan tali untuk mengikat rotan yang bakal dikutip dari hutan. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan mereka mendapat banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi dengan ikan-ikan yang terlekat. Setelah itu, dia meletakkan kembali belat tersebut dan mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya ke hutan selepas sarapan pagi.
Nota:
Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli kaum Jahut yang tinggal dikawasan hutan di Bukit Lokan. Mereka mengamalkan kepercayaan anemisme yang masih tidak mempunyai agama. Pak Katan ialah ayah kepada Adit. Isterinya Mak Tawi. Mereka tinggal di rumah yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri dengan mengutip hasil hutan seperti rotan, memburu binatang dan bercucuk tanam.
Bab 2 – Rutin Harian Adit Bermula
Adit dan ayah ke hutan. Adit berpakaian lusuh tidak menghiraukan keadaannya itu, lantaran kehidupannya miskin. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk membeli makanan dan keperluan harian, tetapi kurang mampu untuk membeli pakaian baru.
Masyarakat menjual hasil mereka kepada tauke Cina. Tahap pendidikan yang rendah dan kemudahan infastruktur yang sangat menyedihkan menyebabkan kehidupan mereka terhimpit. Pekan terhampir kira-kira 30km dan barang keperluan hanya diperolehi melalui pekerja balak yang berulang-alik ke sana. Agensi kerajaan ada membantu, tetapi mereka selesa di sini.
Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian demi warisan hutan nenek moyang mereka. Namun, penerokaan menghimpit kehidupan mereka. Adit tidak bersekolah biarpun sudah berusia hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan ilmu hutan sebagai pendidikan asas kepada Adit.
Persoalan ditimbulkan Adit mengenai kepupusan hasil hutan dan nasib mereka, akan tetapi dinafikan oleh ayahnya yang sedar akan realiti itu. Seraya, Adit teringatkan akan Akeh, satu-satunya rakannya bersekolah,tinggal di asrama dan ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Bercita-cita menjadi jurutera, Akeh ingin berbakti kepada masyarakat orang asli.
Minat Adit untuk bersekolah timbul dengan ajakan dan cerita-cerita Akeh, tetapi, tidak dinyatakan kepada ayahnya.
Bab 3 Impian Adit
Dalam bab ini memfokuskan Adit yang terlalu ingin ke sekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan semasa berakit membawa rotan. Namun, permintaannya itu dibalas dengan pendirian ayahnya yang mementingkan tradisi sedangkan tujuannya mengubah nasib keluarga. Biarpun Pak Katan memahami, tetapi dia mahukan Adit mengikut jejak langkahnya. Pak Katan akhirnya tidak memberi repons terhadap permintaan yang masih berdegil.
Adit berubah sikap dan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan pada Pak Katan. Teknik imbas kembali dalam bab ini ialah Adit teringat kedatangan pegawai penerangan dan sikap endah tak endah oleh masyarakat mereka terhadap dasar kerajaan.
Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah lena tertidur. Pada pagi seterusnya, Pak Katan tidak ke hutan sebalik ke pekan. Niat Pak Katan ke pekan tidak diketahui kerana dia enggap menjawab pertanyaan Adit.
Bab 4 Dugaan untuk Adit
Adit berurusan dengan tauke Cina yang membeli hasil hutan sebelum memeriksa belut di sungai untuk hasil tangkapan ikan. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar mengenai kemasukannya ke sekolah, namun gagal mendapatkan asrama. Masalah timbul di sini ialah pengangkutan akibat jarak yang jauh dari kediamannya. Kekecewaan terpancar pada diri Adit yang akan menghadapi kesukaran ke sekolah. Namun, semasa memenangkan diri di sungai, dia dipujuk Tijah, rakan baiknya, dan berjanji berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) mengenai masalah Adit.
Hujan lebat malam itu merisaukan Pak Katan tentang hasil hutan dan belat di sungai yang tidak dapat di ambil. Tambah lagi kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah Adit, yang termenung sendiri memikirkan impiannya itu.
Bab 5 Riak ceria buat Adit.
Hujan masih lebat menyebabkan sebahagian rumah terkena tempias. Adit diarah ayahnya mencari guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, hujan berhenti pada pagi itu. Rezeki tanpa diduga, seekor rusa cedera terbaring di bawah rumah, dijualnya kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak.
Ah Tong agak pelik kerana Adit tidak ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun diterangkan oleh Pak Katan. Dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya dan Adit begitu gembira dengan bantuan Ah Tong.
Bab 6 Adit mula ke sekolah
Esoknya, Adit mendaftarkan diri dan keperluannya dibeli oleh Pak Katan di pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Setelah pulang, dia memberitahu Tijah mengenainya. Tijah berminat untuk ke sekolah tetapi akur akan kehendak ayahnya yang akan mencarikan jodoh buatnya beberapa tahun kelak. Adit ingin memberitahu kepada semua orang mengenai persekolahannya, namun, atas sikap negatif penduduk di situ mengenai pendidikan, dia membatalkan hasratnya.
Ayah dan ibunya gembira melihat Adit yang mencuba pakaian baru. Malah, ayahnya juga memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu balak dengan upah lebih baik daripada memungut hasil hutan. Adit begitu gembira dan dinasihati ibu bapanya supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.
Bab 7 Hari Pertama ke Sekolah
Hari pertama ke sekolah, Adi mandi pukul 4 pagi di sungai untuk pertama kalinya, dan dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Dia tiba terlalu awal dan tertidur di depan pintu pagar sekolah. Pak Kassim, pengawal sekolah yang terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit bersarapan sambil berbicara tentang kesudian Pak Kassim membantu serta hal Akeh.
Di kelas, dia jauh lebih tua berbanding rakan-rakannya dan sering diberi perhatian oleh gurunya kerana tidak tahu membaca dan menulis. Tamat persekolahan, dia bertemu Akeh dan pulang menaiki lori balak Pak Atan.
Adit mula mengejar masa ke sekolah dan meningkatkan prestasi persekolahannya. Adit berpeluang untuk lompat kelas dan menggembirakan gurunya. Walaupun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu dan semakin kurus, namun, tidak pernah mengeluh.
Bab 8 Dugaan Terus Menimpa
Sudah dua bulan Adit bersekolah, tidak pernah ponteng dan masih menumpang Ah Tong. Namun, pagi itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang petang, Adit tidak pulang lagi sedangkan ayahnya sudah kembali ke rumah.  Menjelang hari semakin gelap, Pak Katan mengadu kepada Tok Batin mengenai hal Adit yang tidak pulang-pulang lalu diarahnya orang-orang kampung mencari Adit. Lima jam pencarian, rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas ke dalam gaung. Adit cedera parah sementara Ah Tong mati di tempat kejadian.
Adit dihantar ke hospital dengan menaiki lori balak, mengalami kehilangan darah yang banyak serta kakinya patah. Di rumah, Mak Tawi yang tertunggu-tunggu bersama Mak Ca didatangi Bong yang memberitahu Adit ditemui dan berada di hospital. Pak Katan menunggu di hospital, menantikan keadaan Adit yang dirawat di bilik ICU. 2 jam kemudian, doktor mengatakan bahawa keadaan Adit yang kian stabil.

Bab 9 Mendung Berarak Pergi.
Dua bulan Adit terlantar di hospital, dijaga ibu bapanya yang dibenarkan tinggal di asrama jururawat. Adik-adiknya dijaga isteri Tok Batin. Dia sembuh, namun kakinya tempang, tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini mendapat perhatian pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberi bantuan dengan menawarkan tempat di asrama, berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatian dalam pelajaran sehingga mendapt tempat pertama.
Enam tahun berlalu, ramai anak orang asli mengikut jejak langkah Adit, rajin bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, Adit enggan menerimanya kerana situasi keluarga, sebaliknya berpendapat di mana sahaja boleh berjaya asalkan berusaha.

Novel Tingkatan 3 : Panas Salju (Sinopsis)



Panas Salju

Novel Panas Salju adalah novel remaja karya Dr Talib Samat. Novel ini merupakan kisah
separuh benar tentang masyarakat Malaysia. Dalam novel novel ini, watak Zulkifli Mohd Zain
adalah Talib Samat sendiri.

SINOPSIS

Kisah Zulkifli Mohd Zain yang bekerja sebagai atendan hospital di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Anaknya Nadhirah mendapat penyakit kerosakan hati dan hempedu. Dr Gheethan dari HBKL
mencadangkan Nadhirah dirawat di King College, London.Isteri Zulkifli ialah Cikgu Bushrah binti Ramli
yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Tun RazakCheras. Cikgu Bushrah sanggup menderma
sebahagian hati kepada anak mereka Nadhirah walaupun risikonya cukup besar.

Zulkifli menemui sahabat lamanya Mohamad Yusuf di pejabat Utusan Malaysia agar penderitaan
mereka disiarkan. Tan Sri Shamsudin Abdul Kadir yang menjadi Pengarah syarikat telekomunikasi,
Sapura Holding setuju menderma RM350,000 untuk kos rawatan pemindahan hati di King College, London.

Pakar bedah, Dr Tan Kai Chah berjaya memindahkan hati daripada Bushrah kepada Nadhirah. Semasa
di London, Zulkifli dibantu olehMuliyadi Mahmood, sahabat lamanya yang juga kartunis dan pensyarah 
di UITM Shah Alam. Isteri Muliyadi Mahmood bernama Saliha Brigite, wanita Perancis. Muliyadi sekampung
dengan Zulkifli di Felda Ulu TiramJohor.

Lima tahun kemudian, Bushrah meninggal dunia. Nadhirah berjaya dalam jurusan perakaunan dan bekerja
di sebuah bank. Kemudian berkahwin dengan seorang doktor. Adiknya Nazli dapat belajar di Kolej Melayu

Zulkifli sendiri telah belajar di Universiti Sains Malaysia secara jarak jauh. Kemudian belajar peringkat sarjana 
dan seterusnya PhD di universiti yang sama.


Bandingan Semacam : Tingkatan 1 (muka surat 12)

1. Cerdik macam kancil - sangat pandai



2. Rajin seperti semut - sangat tekun bekerja



3. Nikmat bagai di syurga - sangat sempurna



4. Senang laksana raja - keadaan yang sangat senang



5. Garang macam harimau




6. Takut macam tikus




7. Baik macam malaikat




8. Pantas macam kilat





9. Pedas macam cili


10. Bebas macam burung




11. Pucat macam mayat




12. Riuh macam pasar




13. Bijak macam pendeta




14. Degil macam keldai




Salam 2010 (Happy New Year 2011)

Salam 2011.

Terima kasih kerana menjadi warga blog cikgu pada tahun ini.
Diharapkan kalian melawat blog ini senantiasa untuk mendapatan panduan yang berkaitan dengan subjek bahasa Malaysia.

"Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan"